Jantung kita berdenyut berpuluh ribu kali sehari. Dalam setiap denyutan itu, jantung mengepam darah ke semua saluran dan kapilari darah darah. Darah yang dipam itu mengenakan tekanan pada dinding di dalam saluran darah dan dinding saluran darah mempunyai daya tahan terhadap tekanan yang dikenakan oleh darah dipam, maka terhasilan daya tekanan darah.

Ramai orang kerap abaikan ancaman tekanan darah tinggi. Hakikatnya adalah bahawa tekanan darah tinggi adalah punca utama pelbagai penyakit moden yang memudaratkana.

Terdapat dua jenis tekanan darah, iaitu jenis sistolik dan diastolik. Sistolik adalah keadaan ruang jantung sedang mengecut yang menghantar darah keluar, manakala diastolik adalah ketika jantung relaks setelah pengecutan.

Panduan perubatan menyatakan bahawa tekanan darah sistolik yang normal bagi orang dewasa adalah kurang dari 120 mmHg, manakala tekanan diastolik tidak boleh lebih dari 80 mmHg. Jika tekanan darah itu lebih dari 140/90 mmHg,  seseorang itu dikatakan mengalami masalah hipertensi atau tekanan darah tinggi.