DEFINISI

Tekanan darah tinggi adalah satu keadaan di mana tekanan yang dikenakan oleh darah terhadap dinding arteri atau saluran darah anda lebih tinggi dari yang sepatutnya dan akhirnya menyebabkan pelbagai ancaman kesihatan seperti strok dan sakit jantung.

Tekanan darah ditentukan oleh kuantiti darah yang dipam keluar oleh jantung dan had pertahanan dinding saluran darah terhadap aliran darah. Jika terdapat semakin banyak darah yang dipam keluar daripada jantung dan arteri yang menjadi semakin sempit, maka seseorang itu lebih cenderung untuk mendapat tekanan darah tinggi.

Seseorang itu boleh mempunyai tekanan darah tinggi selama bertahun-tahun tanpa sedarinya. Ini adalah pada peringkat awal, tekanan darah tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala yang jelas. Masalah tekanan darah tinggi yang tidak dirawal akan meningkatkan risiko kesihatan yang ketara, khasnya serangan sakit jantung.

Tekanan darah tinggi biasanya mengambil masa selama bertahun-tahun untuk berkembang sampai tahap yang boleh dikesan. Pada akhirnya, masalah hipertensi boleh dikatakan boleh mempengaruhi hampir semua orang. Sungguhpun begitu, tekanan darah tinggi boleh dikesan dengan mudah. Jadi, ia adalah sangat penting bagi anda supaya melakukan pemeriksaan badan setiap tahun. Jika anda ketahui bahawa anda mempunyai tekanan darah tinggi, anda harus bekerjasama dengan doktor anda untuk mengawal masalah tersebut.

PUNCA

Terdapat dua jenis tekanan darah tinggi.

Tekanan Darah Tinggi Primer
Bagi orang dewasa, biasanya ia memang sukar untuk mengenalpasti punca sebenar tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi Primer atau hipertensi primer lebih cenderung untuk berkembang secara berperingkat selama bertahun-tahun.

Tekanan Darah Sekunder

  • Terdapat satu golong pesakit hipertensi yang mendapat tekanan darah tinggi disebabkan oleh keadaan kesihatan yang tertentu. Jenis tekanan darah tinggi ini disebut hipertensi sekunder, ia lebih cenderung untuk muncul tiba-tiba dan menyebabkan tekanan darah yang lebih tinggi daripada hipertensi primer. Pelbagai masalah kesihatan atau ubat-ubat yang boleh menyebabkan tekanan hipertensi sekunder seperti berikut:
  • Pertumbuhan tumor pada kelenjar adrenal
  • Masalah buah pinggang
  • Kecacatan tertentu dalam saluran darah sejak kelahiran
  • Sesetengah ubat, seperti ubat selesema, ubat anti-loya dan beberapa ubat terkawal, dadah haram seperti amfetamin dan kokain.