Masalah tekanan darah tinggi atau hipertensi boleh membawa pelbagai kesan dari segi kesihatan dan ekonomi. Antara kesan Tekanan Darah Tinggi adalah:
Kesukaran untuk melakukan ativiti fizikal harian seperti senaman ataupun seks. Mereka yang hidup di bawah bayang tekanan darah tinggi sentiasa rasa kurang sihat yang menjejaskan persembahan fizikal dan juga mental atau emosi. Orang yang mengalami masalah hipertensi adalah lebih senang rasa marah atau panas hati, mereka suka marah-marah dan mengadu apa-apa saja yang mereka tidak puas hati. Semua ini akan membawa tekanan emosi kepada ahli keluarga yang lain dan juga mengganggu kerjaya secara tidak langsung
Mereka yang sudah dikenalpasti mempunyai masalah tekanan darah tinggi / hipertensi adalah lebih susah untuk memiliki polisi insuran baru dan jika dibenarkan untuk membeli insuran, dia perlu membawa premium yang lebih tinggi. Kalau tiada perlindungan daripada insurans atau kad medikal, seseorang itu mungkin perlu menanggung kos pembedahan yang sangat mahal jikalau malapetaka seperti serangan strok atau sakit jantung terjadi pada masa depan.