Cara Menurunkan Tekanan Darah Tinggi SEMULA JADI…

Masalah hipertensi sudah semakin berleluasa pada zaman moden ini. Usia purata orang yang menghidap masalah tekan darah tinggi telah semakin muda. Semakin ramai orang berusia sekitar 30-an sehinggalah 20-an telah menjadi pesakit hipertensi. Fenomena ini semakin merisaukan dan para pemimpin negara sudah mula risau tentang masa depan negara, apa akan terjadi jika sebahagian besar daripada rakyatnya telah menghidap penyakit moden seperti hipertensi, kencing manis, sakit gout, kanser pada usia muda?

Setakat ini, penawar hipertensi yang kerap digunakan adalah ubat-ubat kimia hospital yang hanya boleh beri kesan sementara. Pesakit perlu bergantung kepada ubat tersebut untuk seumur hidup. Ramai orang telahpun mula fed-up dengan semua ubat kimia ini, mereka nak cari cara menurunkan tekanan darah tinggi yang semula jadi dan berkesan.

Sebenarnya, hipertensi bukan rumit dan tak boleh sembuh seperti yang dikatakan oleh para doktor moden. Jika anda sudah faham tentang akar umbi punca masalah, anda akan sedar bahawa cara menurunkan tekanan darah tinggi adalah mudah dan logik. Apa yang diperlukan adalah disiplin untuk amalkannya.

Antara cara menurunkan tekanan darah tinggi yang semula jadi adalah:

1. Minum air dengan kerap, cuba dapatkan air alkali ionik.

2. Makan makanan yang kaya dengan serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

3. Kurangkan pengambilan makan berprotein tinggi seperti daging dan seafood.

4. Amalkan tabiat hidup yang seimbang

5. Tidur sebelum pukul 11 malam

6. Bersenam sekurang-kurang 15 minit setiap hari

7. Berfikiran positif dan kurangkan stress

Penawarnya adalah begitu senang dan mudah, tetapi ramai orang ragu-ragu. Manusia zaman moden telah biasa dengan budaya ‘Instant Noodle’. Cara menurunkan tekanan darah tinggi yang saya cadangkan tadi hanya berkesan jika anda amalkannya setiap hari sekurang-kurangnya 3 bulan baru anda boleh perasan tentang keberkesanannya.

3 PUNCA Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil

Kehamilan merupakan satu perkara yang sungguh menggembirakan, tetapi bukan senang bagi seorang ibu untuk melalui 9 bulan kehamilan itu. Si ibu perlu membawa perut seberat beberapa kilo ke man-mana juga dia pergi. Nak tidur, susah. Nak kerja, susah. Nak buat apa-apa pun bukan senang. Ia merupakan satu tanggungjawab yang berat dan stress. Stress kerana Si Ibu perlu sentiasa berjaga-jaga, risau tentang keselamatan anak yang berada di dalam perut.

Bagi sesetengah wanita yang hamil, stress berterusan seperti ini akan mengganggu emosi dan seterusnya menyebabkan tekanan tinggi semasa hamil. Si ibu perlu berlajar menenangkan fikiran dan membuat senaman yang ringan setiap hari demi kesihatan si ibu dan anak.

Semasa mengandung, ruang pundi kencing akan menjadi sempit dan si ibu akan kerap rasa nak pergi buang air kecil. Ini menyebabkan ramai ibu hamil, khasnya mereka yang perlu kerja di pejabat tidak gemar minum air semasa mengandung kerana mereka malas nak pergi tandas.   Kekurangan air akan menyebabkan kepekatan darah meningkat dan susah mengalir, ini akan merangsangkan jantung untuk mengepam darah dengan lebih kuat dan seterusnya menyebabkan tekanan darah tinggi semasa hamil.

Lagi satu faktor yang boleh menyebabkan masalah tekanan darah tinggi semasa hamil adalah satu keadaan yang digelar ‘preeclampsia’ yang berpunca daripada perkembangan plasenta yang kurang sempurna. Plasenta kurang sihat yang mengganggu bekalan darah kepada si bayi. Badan bayi akan hantar ‘signal’ ke badan ibu untuk meningkatkan bekalan darah ke plasenta dan ini turut menyebabkan bacaan tekanan darah meningkat. Preeclampsia adalah satu keadaan yang mungkin boleh mengancam keselamatan si ibu dan anak, ia perlu diberi pemerhatian yang teliti oleh para doktor. Jika anda mendapati anda sedang alami masalah tekanan darah tinggi semasa hamil, maka anda perlu merujuk kepada doktor untuk mengenalpastinya. Salah satu rujukan yang digunakan oleh para doktor untuk menentukan preeclampsia adalah kandungan asid urik di dalam badan.